Jumaat

Pasukan Bola Baling Baram 12TKB Juara Pesta Bola Baling MSSR Miri















































































Pasukan bola baling 12TKB lelaki dan perempuan baram telah menjuarai pesta Bola Baling MSSR Miri yang diadakan di SK Pujut Corner pada 30 Mac 2009 hingga 1 April 2009. Pasukan ini telah disertai oleh 26 orang murid yang terpilih dari SK Poyut, SK Sg. Brit, SK Sg. Arang, SK Lubok Nibong, Sk Kuala Bok dan Sk Long Teran serta 5 orang guru pengiring. Latihan pusat selama seminggu yang diadakan di SK Poyut terbalas apabila kedua-dua pasukan menjuarai perlawan yang telah diadakan. Pasukan lelaki telah mengalahkan SK Anci dengan jaringan 11-4 dalam perlawanan akhir, manakala pasukan perempuan telah mengalahkan SK Sg. Entulang dengan jaringan 18-0. Dengan kemenangan kedua-dua pasukan ini, pasukan Baram akhirnya dapat membawa balik piala pusingan yang pertama kalinya dapat dibawa ke Daerah Baram setelah 21 tahun berada di Miri. Seramai 15 orang murid telah terpilih untuk mewakili Bahagian Miri dalam Pesta Bola Baling MSS Sarawak yang akan diadakan pada akhir April di Miri.












Antara murid SK Poyut yang terpilih untuk mewakili Bahagian Miri adalah seperti berikut:
























1. Nick Carter












2. Majorie Laing












3. Brownie Audery












4. Maureen Jalai












Tahniah diucapkan......












Khamis

SK Poyut Hub Latihan Pusat Bola Baling 12TKB Daerah Baram














































SK Poyut telah menjadi hub latihan pusat pasukan bola baling 12TKB Daerah Baram. Latihan pusat telah bermula pada 23 Mac 2009 dan berakhir pada 28 Mac 2009. Seramai 26 orang murid terpilih telah berkampung di SK Poyut untuk menjalani latihan pusat ini. Murid yang terpilih terdiri daripada 11 orang dari SK Poyut, 5 orang dari SK Sg. Brit, 1 orang dari SK Lubok Nibong, 2 orang dari SK Sg. Arang, 1 orang dari SK Kuala Bok dan 6 orang dari SK Long Teran. Latihan pusat ini telah diketuai oleh En. Ismadol dari SK Sg. Arang dan latihan ini bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Sabtu

Tahun 5 2009





































Kelas tahun 5 merupakan antara kelas yang mempunyai paling ramai murid di SK Poyut. mereka terdiri daripada anak-anak tempatan yang tinggal di sekitar SK Poyut. Antaranya dari Kampung Poyut A, Poyut B, Sungai Babi, Sengkabang, Sungai Sebatang, Sungai Brit dan Muam. Mereka merupakan bakal perubah arus sosio ekonomi di Marudi ke arah yang lebih maju untuk mencapai tahap kemodenan yang setara dengan bandar-bandar lain di Sarawak. Inilah wajah-wajah generasi akan datang yang akan mencorakkan hala tuju pekan Marudi.








Sejarah Sekolah Kebangsaan Poyut






SK Poyut telah didirikan pada tahun 1955. Kedudukkannya yang sejauh 22km dari pekan Marudi serta pengangkutan yang kurang baik menyebabkannya sukar dihubungi. Sejak sekolah ini didirikan ia menjadi kebanggaan masyarakat setempat walaupun guru-guru di sini menghadapi pelbagai kesulitan dan kemudahan yang tidak mencukupi. Namun dekian dengan sokongan dan usaha gigih oleh pengasas sekolah iaitu Penghulu Maoh bersama beberapa orang Ketua Kampung, kemudahan sekolah semakin bertambah baik dan pendaftaran murid pula semakin meningkat. Dengan peningkatan jumlah murid di sekolah ini pihak Jabatan Pendidikan Negeri bersetuju untuk membina bangunan baru di Sg Sepandak pada tahun 1986. Pada tahun 1988, sekolah ini telah siap dibina sepenuhnya. Kemudahan-kemudahan sedia ada yang kekal hingga sekarang ialah seperti berikut:-

10 buah bilik darjah
Bilik Multimedia
Dewan Makan
Bilik Sains
Bilik Kemahiran Hidup
Pusat Sumber
Perpustakaan
Bilik Mesyuarat
Bilik BOSS
Kantin
Pondok basikal
Pentas Ria
Taman Permainan
Asrama (3 buah)
Kuarters Guru (18 unit)
Pra Sekolah
Pondok Pengawal Keselamatan
Pondok Kereta
Pondok Telefon
Tandas (19 unit)
Makmal Komputer